Friday 9 November 2012

Unit 1 : Manusia

Perubahan Pada Diriku

     Manusia akan mengalami pertambahan dari segi saiz, tinggi dan berat semasa tumbesaran seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Rajah : Tumbesaran Manusia
  


Unit 1 : Manusia

Kebersihan Kunci Kesihatan


        Makanan, udara, tempat perlindungan dan air yang bersih penting untuk menjamin kesihatan kita.
     Apabila kita lapar, kita akan mencari tempat makanan atau restauran yang bersih.  Hal ini dapat mengelakkan kita daripada keracunan makanan.  Persekitaran tempat perlindungan yang bersih dapat menjamin kita hidup dengan selesa dan aman.  Punca udara dan air yang bersih juga boleh mengelakkan kita daripada penyakit yang merbahaya.


Saturday 3 November 2012

Unit 1 : Manusia

Merancang Makanan Seharian

     Makanan yang kita makan mestilah seimbang iaitu terdiri daripada makanan yang memberi tenaga, membantu tumbesaran dan membantu menjaga kesihatan.

     Perancangan makanan seharian boleh merujuk kepada hierarki makanan seimbang seperti yang ditunjukkan berikut.

Rajah : Hierarki Makanan Seimbang

     Memakan makanan yang seimbang dapat menjamin kesihatan badan kita seperti yang disiarkan melalui video di bawah.

Video : Mengamal Makanan Seimbang

Lembaran Kerja Fungsi Makanan


Sampel Lembaran Kerja

Unit 1: Manusia

Makanan Dan Khasiatnya

     Makanan diperlukan oleh kita untuk :

  • Membekalkan tenaga kepada kita untuk melakukan aktiviti seharian
  • Membantu tumbesaran kita
  • Menjaga kesihatan badan kita


     Makanan yang memberi tenaga kepada kita ialah nasi, bijirin, roti, ubi dan sebagainya.  Makanan yang membantu tumbesaran kita ialah ikan, susu, telur, ayam, daging, udang dan sebagainya.  Manakala makanan yang menjaga kesihatan badan kita ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.


Carta

Penerangan dari guru semasa proses pengajaran & Pembelajaran

Murid memadankan jenis makanan berdasarkan fungsinya

                                      
Murid memadankan jenis makanan berdasarkan fungsinya

Hasil kerja murid melalui aktiviti pengajaran & pembelajaran

Murid melakukan lembaran kerja pada akhir pengajaran & pembelajaran


Friday 2 November 2012

Unit 1 : Manusia

Keperluan Asas Manusia
   
   Terdapat 4 jenis keperluan asas manusia iaitu makanan, minuman, udara dan tempat perlindungan.  Keperluan asas ini penting kepada manusia untuk terus hidup.

Makanan
Minuman

Udara

Tempat Perlindungan